Dulu Datang Malaysia Kerja Buruh, Kini Sudah Jadi Jutawan. Akhirnya Kantoi Bila Pegawai Datang

Dulu buruh, kini jutawan. Tapi akhirnya kantoi bila pegawai datang..

Mulanya hanya berhijrah dan bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Namun ada antara Mat Bangla terbabit kini mampu memiliki premis perniagaan, membeli kereta mewah selain memperoleh pendapatan bersih hampir RM100,000 sebulan.

Kebanyakan mereka ini menukar profesion sebagai tauke atau pemborong baju dan seluar jenama terkemuka cetak r0mpak di ibu kota.

Malah difahamkan ada di antara mereka bergelar jutawan berbekalkan usaha gigih menjual barang cetak r0mpak di ibu negara.

Lebih mengejutkan apabila kualiti barangan cetak r0mpak dijual hampir 90 peratus menyamai produk tulen hingga menyukarkan pihak berkuasa membezakannya.

Terbaru, sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor menyerbu empat premis perniagaan di Kenanga Wholesale City, semalam.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Cawangan Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Rosli Ahmad berkata, operasi membabitkan 28 pegawai KPDNHEP yang bertindak melakukan penyamaran sebelum serbuan dilakukan.

Menurutnya, hasil daripada pemeriksaan dilakukan, pihaknya mendapati beberapa premis perniagaan di kawasan itu dimiliki warga asing Bangladesh.

“ Mereka dikesan berniaga pakaian jenama terkemuka tiruan yang dipercayai diseludup dari luar negara dalam kuantiti besar.

“ Kami berjaya merampas pakaian jenama Levi’s membabitkan pelbagai saiz, bentuk dan warna. Kebanyakannya meniru rekaan dan potongan produk tulen menggunakan fabrik berkualiti,” katanya.

Menurutnya, semua 2,980 pakaian dirampas dan disita itu dianggarkan bernilai lebih RM104,000.

“ Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki mendedah, membekal dan menyimpan barangan yang menggunakan cap dagang palsu,” katanya.

Tahun lalu media melaporkan selepas menguasai perniagaan di beberapa lokasi utama sekitar ibu negara, warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) semakin memperluaskan empayar mereka dengan mensasarkan pula kawasan pinggir kota.

Di pusat bandar raya, lokasi ‘dikuasai’ warga asing termasuk Jalan Silang, Jalan Imbi, sekitar Pasar Pudu, Jalan Pasar serta Masjid India, selain sekitar Chow Kit dan Kampung Baru terutama Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot.

Warga asing majoritinya dari Indonesia dan Filipina terbabit pelbagai aktiviti di lokasi terbabit khususnya sebagai pembantu atau tukang masak di kedai makan, selain berniaga di pasar pagi dan malam serta perniagaan runcit.

Di Bukit Bintang juga ada kawasan dikenali ‘Dhaka Lane’ berikutan kebanyakan perniagaan di situ dikendalikan warga Bangladesh yang juga semakin membanjiri lokasi perniagaan di beberapa lokasi lain sekitar bandar raya.

Sebuah kompleks pemborong setinggi lapan tingkat di Jalan Kenanga, di sini turut dikuasai mereka, malah banyak premis perniagaan di sekitar lokasi itu disewa dan diusahakan secara bebas oleh warga Bangladesh.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*