Tweet ‘sweet’ Tunku Azizah jadi tumpuan netizen, Tapi Tak Sangka di balas oleh TPM Dr Wan Azizah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan warganet di Twitter apabila baginda berkongsi sekeping gambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuanku Permaisuri yang berdiri di sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yand diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, berseloroh dengan warganet mengenai gambar yang dikongsi.

“Nama saya Azizah juga, tapi saya kepunyaan Abdullah,” tulis Baginda dengan meletakkan emoticon berbentuk hati.

Perkongsian Baginda Tuanku Permaisuri mendapat lebih 18,000 retweet dan lebih 53,000 Likes di Twitter milik Baginda, @cheminahsayang.

Twit Baginda disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut berkongsi gambar bersama.

Perkongsian Wan Azizah turut mendapat perhatian warga Twitter apabila gambar yang dikongsi mendapat lebih 5,000 retweet dan hampi

“Nama Saya pun Azizah. Tapi saya kepunyaan Anwar. Dua-dua A dan A. Doakan agar kita semua dicurahkan mawadah dan rahmah dari yang Maha Esa,” tulis Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.

Twit daripada Tunku Azizah sering menjadi perhatian warganet kerana selain berkongsi gambar-gambar keluarga diraja, baginda juga turut memberikan nasihat, berkongsi gambar-gambar resepi dan banyak perkara yang bermanfaat.

p/s: Semoga Tuanku berdua di kurnikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin negara Malaysia yang tercinta ini

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*