Dulu Keputusan SPM 2A, sekarang terima Anugerah Pelajaran DiRaja.

Ada sahaja cerita kejayaan para graduan yang boleh dijadikan tauladan dan teldan sepanjang musim graduasi tahun ini.

Satu lagi kisah anak muda melayu yang patut kita dibanggakan Madhi Budiman. Beliau ada berkongsi kisah perjalanan beliau yang diuji mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan semasa SPM.

Namun itu semua tak melunturkan semangatnya, malah menjadi pembakar semangat bagi beliau untuk menebus kegagalan pada masa lalu.


Setiap daripada kita pasti akan diuji. Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan didikan, makan & pakai dalam keadaan serba cukup. Namun, saya diuji dengan keputusan 2A SPM daripada 11 matapelajaran yang diambil. Dunia terasa gelap pada waktu itu seolah-olah berakhir masa depan yang cerah buat saya.

Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya.

Alhamdulillah. 7 tahun kemudian saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti No.1 Malaysia. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila saya dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja. Saya melihat ia sebagai amanah dari Allah jua Universiti untuk saya terus menabur bakti kepada agama & negara.

Saya bersyukur saya pernah gagal satu masa dulu. Itu harga yang perlu dibayar untuk saya menghargai manisnya sebuah kejayaan pada hari ini. Kalau saya tidak gagal sewaktu SPM, usaha saya dalam hidup ini pasti biasa-biasa sahaja yang akan menghasilkan keputusan yang biasa-biasa.

Penghargaan buat kedua ibu-bapa saya atas doa & sokongan yang diberikan. Terima kasih buat para guru & pensyarah atas tunjuk ajar serta rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menempa kejayaan pada hari ini.

Ucapan tahniah buat rakan-rakan graduan. Amalkan budaya menggali ilmu pengetahuan dalam apa jua cara kerana ilmu itu cahaya; Cahaya yang mengeluarkan seseorang daripada kejahilan, kemiskinan harta, miskin jiwa & miskin adab.
Selamat maju jaya buat semua !!

Tahniah diucapkan untuk beliau. Semoga jadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Rata-rata netizen memberi komen ucapan tahniah kepada beliau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*