Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Kebanyakan sesi orientasi tahun 1 melihat kegembiraan para ibu bapa membawa anak mereka menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke sekolah.

Namun perkongsian seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Perempuan (P) Jalan Batu di sini mencoret sisi berbeza apabila melihat seorang anak kecil lengkap memakai uniform sekolah memimpin kedua ibu bapanya dipercayai mengalami cacat penglihatan ketika hadir ke sekolah.

Lebih memilukan, guru dikenali Nadwa Nasir menceritakan murid tahun 1 itu juga gigih menulis nombor telefon ibu bapanya meskipun baru bertatih menulis.

Sejurus selesai sesi orientasi, murid berkenaan memimpin ibu ayahnya dan menunjukkan segala kemudahan sekolah termasuk kelasnya kepada mereka.

Walaupun memahami kedua ibu bapanya tidak mampu melihat tetapi kesungguhan murid itu menerangkan di mana lokasi padang sekolah, di mana lokasi kelasnya, kantin dekat mana membuatkan hati guru ini tersentuh.

“Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”

“Mak dia tanya dia, mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?,”

“Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak terangkan macam nampak je),” luahnya.

Melihat kekuatan pada diri murid itu, Nadwa turut mendoakan agar anak itu berjaya dunia dan akhirat.

Menyifatkan perkongsian itu cukup meruntun jiwa, netizen membanjiri ruang komen Facebook guru tersebut dengan kata-kata semangat dan mendoakan agar kehidupan adik itu dipermudahkan serta cemerlang dunia akhirat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2902212996464878&id=100000286181303

REAKSI WARGANET

Semoga berjaya dunia akhirat

Kredit: sehinggit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*