Doa Selepas Solat Berserta Wirid Dengan Panduan Lengkap Rumi

Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Zikir Dan Wirid Solat Fardhu

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Disini susunan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:

1.Mulakan dengan istigfar

Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih.

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2. Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:

Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mema tikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:

Allahumma ajirna minannarr

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada a zab nera ka

4.Seterusnya disambung dengan ucapan:

Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah mur kai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang se sat.

6.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:

Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

8.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malai kat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

9.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung d0sa kejaha tan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah d0sa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang ka fir”

10.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:

Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:

‘Innaddin na ‘indallah hil islam

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Ya hudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad deng ki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang ku fur ing kar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

12.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:

Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghi na sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:

Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang ma ti, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang m4ti dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14.Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15.Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari ba haya gelap apabila ia masuk. Dan dari keja hatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejaha tan orang yang deng ki apabila ia melakukan deng kinya.

16.Disambung lagi dengan surah An-Nas:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disem bah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik peng hasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan ha sutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan pengha sut) dari kalangan j1n dan manusia”

17.Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah mur kai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang se sat.

18.Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:

Ilahirabbi subhanallah 

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19.Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Subhaanallah

Maha Suci Allah

20.Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:

Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21.Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

22.Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:

Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

23.Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Allahuakbarr (33X)

Allah Maha Besar

24.Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mema tikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.

Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.

Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah:

Doa Selepas Solat Fardu

Ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, jadikanlah agama kam agama Nabi Muhammad.

Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya.

Keimanan kami, iman yang sempurna.

Solat kami, solat yang khusyuk.

Amal kami, amal yang soleh.

Niat kami, niat yang ikhlas.

Jadikanlah d0sa-d0sa kami, d0sa-d0sa yang terampun.

Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama.

Mati kami dengan mati syahid.

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat.

Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka.

Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.

Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Penutup: Doa Ialah Untuk Membuktikan Sifat Kehambaan Kita di Hadapan Allah SWT
Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’

Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.

Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang s0mbong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk ne raka Jahannam dalam keadaan h1na.

— Surah Ghafir ayat 60

Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah.

Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu.

Maka berdoalah.

Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.

Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.

Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda.

Sumber: akuislam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*