Pengasuh Lalai, Kanak-Kanak Ditemui Berjalan Seorang Diri Dalam Hujan

Viral di media sosial, video seorang kanak-kanak perempuan ditemui berjalan kaki seorang diri di dalam hujan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Menurut seorang lelaki, Harith Rahim, kanak-kanak yang berada dalam kesejukan itu dikatakan keluar dari rumah pengasuh tanpa disedari oleh penjaganya.

NEW UPDATE BUDAK NI TERLEPAS DARI RUMAH PENGASUH!!!. YA ALLAH… AMANAH ORANG TU BOLEH PULAK KAU LEKA. __________________________________Ya Allah.. Parent pls jangan lepa..Baru je jumpa budak comel ni tgh2 jalan td.. Sambil sebut Ibu.. Ibu… Menggigil2 dia sebab sejuk hujan.. Alhamdulillah rumah parent dia xjauh.. Semoga Allah beri kesihatan yg baik pd kau nak.. Jangan demam bdak tu dah la..☺*Allah izin ada bj hujan aku pakai td dlm kereta..

Posted by Harith Rahim on Monday, January 20, 2020

Ketika ditemui, kanak-kanak itu kelihatan memanggil-manggil nama ibunya sambil membawa botol susu.

Dalam pada itu, Harith memaklumkan bahawa rumah kanak-kanak itu tidak jauh dari lokasi dia ditemui dan sudah selamat diserahkan kembali kepada kedua-dua ibu bapanya.

Sementara itu di media sosial, netizen berpesan kepada pengasuh dan ibu bapa supaya lebih berhati-hati tentang hal penjagaan anak agar terhindar dari pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Sumber: kulihatlangitbiru.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*