Bob Loqman Perlu Jalani Proses Pengeluaran Air Sebanyak 10kg Dari Dalam Badan

Terbaru pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, dikhabarkan perlu menjalani proses membu4ng air dari badan.

Isterinya, Relawati Daud, 42, berkata kepada Harian Metro, suaminya sudah menunjukkan perkembangan kesihatan positif namun belum pasti bila akan dibenarkan keluar hospital.

“Masih ada lagi lebihan air yang perlu dikeluarkan. Sebanyak 10 kilogram air lagi perlu dikeluarkan dan mungkin sehari dua lagi dijangka boleh pulang ke rumah.

“Apapun, proses pengeluaran lebihan air itu perlu dilakukan segera untuk mencegah daripada g4ngguan dalaman badannya.

“Jika tidak dibu@ng, ia boleh menyebabkan kesuk4ran pern@fasan, mengg4nggu buah pinggang dan kaki b3ngkak,” katanya.

Menurut Relawati, Bob akan mengambil masa berehat secukupnya selepas keluar dari hospital sebelum kembali aktif untuk memulakan kuliah di Terengganu.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman mengalami mas@lah kesihatan ketika berada di Terengganu sewaktu menyertai aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Dia kemudian dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini ak1bat mas4lah buah pinggang.

Terdahulu, Bob pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 ak1bat mas@lah j4ntung.

Sumber: Harian Metro
foto: jabatan amal selangor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*