Maksud Mimpi Orang Yang Kita Tidak Kenali

Apabila anda bermimpi melihat seseorang yang tidak dikenali dalam mimpi, itu ternyata sangat membingvngkan. Anda melihat mereka dalam mimpi, tapi tidak mampu menafsir apa maksudnya kerana belum pernah bertemu mereka dalam kehidupan nyata.

Ada beberapa alasan mengapa anda mungkin bermimpi bertemu atau melihat orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dalam mimpi.

Tafsir mimpi melihat orang tidak dikenali

1. Bermimpi melihat pemuda berkulit putih merupakan mvsuh yang tersembunyi, pemuda berkulit hitam adalah mvsuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan mvsuh yang tua.

2. Jika bermimpi melihat diikuti oleh seorang pemuda, bererti dia akan berjumpa dengan mvsuh.

3. Jika bermimpi melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemer0sotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan m4ti.

4. Jika bermimpi melihat pemuda yang tidak dikenali dan sangat m4rah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibnci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu mvsuh yang disukainya.

5. Wanita yang bermimpi melihat perempuan muda bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mended4hkan avratnya, maka dia akan mendapat kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

6. Jika bermimpi melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya, bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya.

7. Jika bermimpi melihat wanita tua bukan Islam, bererti kesenangan yang itu kesenangan yang h4ram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

8. Jika bermimpi melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya.

9. Jika bermimpi ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya, bererti dia sukar mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampak suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia.

Wallahu a’lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Sumber: sentiasa panas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*