Jika Si M4ti Ada Anak Lelaki, Adik Beradik Si M4ti Tiada H4k Atas Harta Faraid

Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pus4ka bagi orang Islam. Ia mengandungi hvkum pewarisan, formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si m4ti yang berhak mewarisi harta pus4ka dan menentukan kadar bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris.

Contohnya: Ahmad meningggaI dunia dan meninggaIkan ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa (adik beradik Ahmad).

Hukvm faraid menjelaskan bahawa harta pus4ka Ahmad akan diwarisi oleh ibu, isteri dan anak-anak, manakala adik beradik tidak berhak.

Mengikut Kaedah Hukvm Faraid, Adik Beradik Tidak Mewarisi Kerana Mereka Terdinding Oleh Anak Lelaki.

Seterusnya ilmu faraid menjelaskan pula bahagian yang akan diw4risi oleh setiap orang waris berdasarkan formula yang telah ditetapkan iaitu ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat baki (asabah) dengan kadar bahagian lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian. Untuk mengetahui bahagian bagi setiap orang waris, kaedah pengiraan faraid ditunjukkan seperti di bawah:

Bolehkah diberikan sedikit penjelasan tentang hibah, wasiat dan harta pus4ka?

Hibah ialah pemberian semasa hidup. Iaitu seseorang melvpuskan hak atau sesuatu harta kepada orang atau pihak lain semasa hay4tnya dan kuatkuasa pemberian itu setelah penerima menerima harta yang diberikan itu. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada waris atau bukan waris dan tidak dihadkan kadar pemberian itu sama ada sebahagian atau kesemuanya.

Contohnya: Ahmad memberikan sebuah kereta kepada anaknya yang bernama Kasim. Kasim menerima kereta itu daripada bapanya dan kereta itu bertukar menjadi menjadi hak milik Kasim. Ini bermakna Ahmad telah menghibahkan keretanya kepada Kasim. Pemberian ini berkuatkuasa semasa Ahmad masih hidup.

Wasi4t ialah pemberian setelah kem4tian. Iaitu seseorang berhasrat untuk memberikan sesuatu harta kepada orang atau pihak lain dan kuatkuasa pemberian itu setelah beliau (tuan punya harta) meningggaI dvnia.

Contohnya: Ahmad berwasi4t untuk memberikan kereta miliknya kepada anak angkatnya. Pemberian ini akan hanya berkuatkuasa setelah Ahmad meningggaI dunia. Selagi Ahmad masih hidup, kereta yang diwasi4tkan itu masih kepunyaan Ahmad.

Wasi4t mempunyai syarat-syarat tertentu antaranya:

Penerima wasi4t tidak terdiri daripada kalangan w4ris yang berhak menerima harta pus4ka, seperti ibu, isteri dan anak kandung.

Harta yang diwasi4tkan itu tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta hartanya setelah ditolak belanja kem4tian dn hutang jika ada.. Harta pus4ka ialah harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meningggaI dunia.

Harta itu milik si m4ti semasa hay4tnya dan tidak dihibahkan kepada sesiapa dan tidak pula diwasi4tkan.

Harta itu akan diwarisi oleh waris-waris yang telah ditentukan mengikut hvkum faraid sebagaimana contoh dalam jawapan soalan 1 di atas.

Adakah wajib kita umat Islam untuk ikut hukvm faraid dalam pembahagian harta pusaka walaupun tiada perseIisihan antara waris?

Dalam pembahagian harta pus4ka, setiap umat Islam wajib mengikut hukvm faraid. Namun mereka boleh untuk memilih cara pembahagian setelah mengadakan perbincangan atau bersetuju dengan rela hati tanpa dip4ksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Maksudnya untuk menentukan siapakah dalam kalangan waris yang berhak mewarisi harta pus4ka mestilah mengikut kaedah yang digariskan oleh hukum faraid.

Sekiranya waris yang berhak itu tidak diberikan haknya, bermakna tidak mengikut hukvm faraid dan hukumnya har4m dan berd0sa besar. Contohnya si m4ti meningggaIkan dua orang isteri dan lima orang anak. Sekiranya isteri kedua tidak disenaraikan sebagai waris yang berhak, bermakna pembahagian dilakukan tidak mengikut hukvm faraid.

Demikian juga dalam penentuan bahagian yang akan diw4risi oleh seseorang waris mestilah mengikut kaedah hukvm faraid. Sekiranya tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan bermakna seseorang itu tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya berd0sa.

Contohnya: bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian ketika si m4ti tidak meninggalkan anak. Sekiranya diberikan kepada isteri itu hanya 1/8 sahaja, bermakna tidak mengikut hukvm faraid. Sesiapa yang memakan h4rta bahagian isteri itu hukvmnya har4m dan berd0sa.

Tetapi sekiranya waris yang berhak mengikut kaedah hukvm faraid tidak ditinggalkan dan mereka pula mengetahui bahagian masing-masing, mereka dibolehkan untuk membahagikan harta pus4ka itu mengikut persetujuan secara sukarela seperti pembahagian sama banyak , muafakat, penyerahan hak tanpa bayaran atau dengan bayaran dan sebagainya. Pembahagian seperti ini mengikut kaedah ‘Takharuj’ dan tidak bertentangan dengan hukvm faraid.

Sumber: Cakna Pusaka via Majalah Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*