“Kami Lebih Takutkan AIIah Berbanding Kor0nav1rus”- Ribuan Jemaah Tabligh Berkumpul Di Indonesia

Ribuan umat Islam daripada seluruh Asia dilapor berkumpul di Indonesia hari ini di tengah-tengah kebimbangan penularan w@bak C0vid-19.

Ia diadakan walaupun p0lis dikatakan cuba meminta ia dibatalkan, lapor Reuters.

“Kami lebih takutkan Allah,” kata salah seorang penganjur Mustari Bahranuddin ketika ditanya berkaitan risik0 penuIaran w4bak itu.

Acara itu diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan.

Republika melaporkan acara dinamakan “Ijtima’ Dunia 2020 Zon Asia” itu dianjurkan oleh Jemaah Tabligh.

Menurut Reuters lagi, pegawai tempatan Arifuddin Saeni berkata dianggarkan seramai 8,695 orang telah berkumpul di Gowa dan jumlah itu dijangka akan meningkat, justeru menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk menghentikan perhimpunan tersebut.

“Masih ada yang akan datang. Ada dari Thailand, Arab, India dan Filipina,” katanya, sambil memaklumkan pegawai kesihatan akan memantau perhimpunan dan para peserta.

Mustari pula berkata, pihak penganjur sedang membuat pemeriksaan suhu terhadap semua peserta sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan C0vid-19, Achmad Yurianto berkata kes p0sitif setakat hari ini meningkat kepada 227 k3s, dengan 19 k0rban.

Bagaimanapun republik itu setakat ini tidak akan mengeluarkan perintah berkurung atau larangan kemasukan, yang menurut Presiden Joko Widodo hanya akan mencetuskan panik di kalangan rakyat.

Pada 27 Febuari hingga 1 Mac lalu dilaporkan lebih 10,000, merangkumi warga Malaysia dan orang luar, menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Sekurang-kurangnya 513 daripada 790 kes positif C0vid-19 di Malaysia mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu.

Semalam, Malaysia mencatatkan dua kem@tian pertama akibat v1rus tersebut, melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang turut menyertai perhimpunan Tabligh tersebut dan seorang paderi berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak.

Di Brunei pula, setakat ini 50 k3s p0sitif C0vid-19 mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu, manakala negara Asia Tenggara lain, antaranya Kemboja dan Thailand, turut memiliki kes yang berkaitan dengannya.

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*